Twitter Facebook

Pengenalan

Lebah kelulut adalah spesis lebah yang tidak mempunyai sengat. Ia adalah mahkluk ciptaan Allah untuk memberi penawar kepada manusia.

Dalam Al-Quran surah An-Nahl,Bererti lebah berdasarkan firman Allah dalam ayat 68 dan 69 ertinya: "Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah, buatlah sarang - sarang di bukit - bukit, di pohon - pohon kayu, dan ditempat yang dibuat oleh manusia. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam - macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar - benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang - orang yang memikirkan"

Lebah kelulut menghasilkan tiga produk utama lebah kelulut iaitu madu, propolis dan bee bread. Ia merupakan gandingan yang menjadikan penawar pelbagai penyakit dan mempunyai vitamin semulajadi yang lengkap dan berkhasiat. Ianya merupakan salah satu perubatan alternatif yang dicari oleh manusia di dalam era dunia kemodenan.

Anugerah

Menjadi satu kebanggaan bagi kami yang telah menerima banyak anugerah, sijil, liputan media dan rombongan serta lawatan rasmi daripada pelbagai pihak.

SIJIL & KELULUSAN

Antara sijil dah kelulusan yang diterima adalah:

LAWATAN RASMI:

Lawatan Rasmi:

ROMBONGAN:

NASIHAT DAN KONSULTASI PAKAR:

Madu Kelulut

Madu kelulut disimpan dalam tempayan sarang. Rasanya lebih masam berbanding madu lebah Apis mungkin disebabkan kandungan asidnya yang lebih atau gulamonosakaridanya kurang. Belum banyak kajian dijalankan terhadap madu kelulut. Khasiat perubatannya secara tradisional dikatakan melebihi madu Apis. Madu secara umumnya membekalkan tenaga, mempunyai aktiviti antibakteria, antifungus, antioksidan dan mengandungi enzim, garam galian, vitamin dan sebatian fenol dan flavonoid. Madu berasal daripada nektar yang dicampur dengan air liur dan cairan daripada perut lebah pekerja. Ia mengalamai proses pemeluapan/pengentalan dan disimpan di dalam sarang. Madu yang telah matang akan disimpan dalam bentuk tertutup di dalam sarang. Madu terbukti mempunyai khasiat perubatan antaranya berkesan untuk rawatan luka dan ulser. Kajian di makmal menunjukkan madu menurunkan paras glukosa dalam tikus yang diaruhkan diabetis, mengurangkan kerosakan fungsi ginjal dan mengurangkan stress aksidatif. Kajian pada tikus yang dibuang ovarinya iaitu tikus yang dijadikan model menapous menunjukkan madu mengurangkan atrofi pada uterus dan vagina dan meningkatkan ketebalan trabecular tulang, bermakna ia membantu menguatkan tulang melalui peningkatan penyerapan kalsium. Madu juga dilaporkan menstabilkan tekanan darah dan kandungan glukosnya tidak memudaratkan penderita diabetis mellitus.

Terdapat 33 spesis lebah kelulut di Malaysia. Spesis yang terkenal antaranya adalah:

Saiz lebah kelulut adalah antara 0.5mm - 6.0mm Lebah kelulut hidup selesa di kawasan udara bersih yang jauh dari pencemaran alam. Satu koloni lebah kelulut mengandungi 1000 - 5000 ekor lebah kelulut yang terdiri daripada lebah pekerja dan penjantan. Satu koloni lebah kelulut hanya mempunyai seekor permaisuri (ratu) yang mengeluarkan telur setiap hari dan juga mewujudkan calon ratu.

Kursus Menternak

Kami telah menjayakan banyak kursus berkaitan lebah kelulut di Min House Camp. Hubungi kami untuk menyertai kursus yang kami anjurkan bersama dengan agensi yang terlibat.

Kursus asas meliputi aspek:

Kursus Menternak

Kursus menternak lanjutan meliputi aspek:

Lokasi Kami

Persekitaran Min House Camp yang bersih dari segi kualiti udara adalah sangat baik dan menggalakkan lagi jumlah koloni lebah kelulut. Taman Lebah Kelulut Min House Camp terdapat lebih dari 100 koloni kelulut yang terdiri daripada 4 spesis berbeza. Kedudukan Taman Lebah Kelulut Min House Camp di dalam dusun buah-buahan seperti duku, durian dan manggis dibantu oleh lebah kelulut sebagai ejen pendebungaan sekaligus meningkatkan hasil yang tinggi kepada dusun ini sepanjang musim.

Lokasi Taman Lebah Kelulut Min House Camp juga terletak di tepian Sungai Lubuk Durian menambahkan lagi keunikan taman ini di dalam membiakkan koloni kelulut. Kami juga membangunkan Galeri Kelulut yang menghimpunkan pelbagai khazanah alam dan rujukan berkaitan dengan lebah kelulut ini. Galeri Lebah Kelulut Min House Camp menjadi satu daya tarikan kepada pelancong dari dalam dan luar negara, pelajar-pelajar sekolah, pusat pengajian tinggi awam dan swasta serta penduduk sekitar.- Lawati laman web kami di www.minkem.com

Propolis

Propolis dihasilakn oleh kelulut untuk melawan bendasing yang masuk ke dalam sarang dan digunakan untuk menampal retak/lubang pada sarang. Pada sarang kelulut ternak (hive), propolis kerap ditemukan di penutup sarang. Warnanya kehitaman dan kepada mereka yang tidak mengenalinya menganggap sebagai kotoran dan dibuang. Propolis merupakan campuran getah tanaman dan cairan khusus yang dikeluarkan kelulut. Hanya kelulut yang berpengalaman yang mengumpul propolis ke sarang di kaki belakangnya seperti membawa polen.

Propolis Brasil yang dipanggil green propolis dikatakan mempunyai khasiat perubatan yang tinggi. Green propolis berasal daripada getah tanaman Baccharis dracunculifolia. Red propolis pula daripada Dalbergia sp. Getah tanaman mengandungi bioflavonoid dan polifenol yang tinggi. Flavanoid berperanan sebagai antioksidan. Kajian juga menunjukkan propolis bersifat antibakteria, antifungus dan antivirus. Banyak penyakit insyaAllah dapat disembuhkan dengan pengambilan propolis.

Antara penyakit yang telah dilaporkan sembuh melalui rawatan kaedah tradisional menggunakan propolis termasuk diabetis mellitus, stroke, hepatitis, kanser, hipertensi, tuberculosis, batu ginjal dan HIV/AIDS.Bagi lebag kelulut, sarangnya dibentuk daripada campuran lilin (yang diproduksi sendiri) dan resin yang diambil daripada tanaman. Sarang lebah kelulut keseluruhannya merupakan propolis, termasukkan kantung/tempayan bee bread dan madunya.

Bee Bread

Bee bread (roti lebah) merupakan sumber makanan utama larva. Bee bread adalah campuran polen dengan madu serta air liur dan cairan daripada perut lebah. Polen dalam bee bread telah mengalami proses pencernaan dan fermentasi. Oleh yang demikian dari segi khasiatnya ia melebihi polen kerana ia lebih mudah dihadamkan oleh manusia berbanding polen.

Lebah kelulut menghasilkan bee bread dengan banyaknya berbanding Apis Mellifera dan Apis Cerana. Pengambilan bee bread kelulut tidak merosakkan koloninya. Manakala, pengambilan bee bread Apis boleh menurunkan populasi lebah Apis. Bee bread mengandungi banyak asid amino essential. Ia dipercayai memperkuatkan fungsi hati, kantung hempedu, otot, mata, imaginasi dan kreativiti. Bee bread lebih sesuai diambil oleh mereka yang mempunyai masalah penghadaman berbanding polen. Ia bagus untuk penderita penyakit hati.

Hubungi Kami

Min House Camp
Lot 1287, Kampung Pulau,
16150 Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim,
MALAYSIA
GPS Coordinates: GPS 6.09063,102.290003
Tel No +60139225440
Email: info@minkem.com

Perkembangan terkini kami di

www.facebook.com/madumin

Beli Online

Kami memasarkan produk lebah kelulut seperti:
*boleh didapati dalam sukatan dan timbangan berbeza. Hubungi kami atau lawati facebook kami untuk harga dan penghantaran.